Wednesday 12 October 2011

Tambah dan Tolak

Kali ini kita akan cuba mengenali perkataan-perkataan yang berkaitan dengan operasi tambah dan tolak. Perkataan yang bewarna ungu adalah kata kunci untuk operasi tolak dan perkataan yang berwarna merah untuk operasi tambah.


Lirik:

Kalau jumpa sebelum kita tolak
Kalaulah jumpa kurang kita tolak
Kalaulah jumpa beza kita pun juga tolak
Sebelum, kurang, beza kita tolak

Kalau jumpa selisih kita tolak
Kalaulah jumpa banding kita tolak
Kalaulah jumpa rugi kita pun juga tolak
Selisih, banding, rugi kita tolak

Kalau jumpa diskaun kita tolak
Kalaulah jumpa baki kita tolak
Kalaulah jumpa awal kita pun juga tolak
Diskaun, baki, awal kita tolak

Kalau jumpa selepas kita tambah
Kalaulah jumpa lebih kita tambah
Kalaulah jumpa lewat kita pun juga tambah
Selepas, lebih, lewat kita tambah

Kalau jumpa dividen kita tambah
Kalaulah jumpa tamat kita tambah
Kalaulah jumpa jumlah kita pun juga tambah
Dividen, tamat, jumlah kita tambah

Credit:Lagu Kasdim


No comments:

Post a Comment