Wednesday 12 October 2011

Menghafal formula

Mari kita sama-sama dengarkan video muzik di bawah sambil menghafal formula-formula isipadu matematik. Lirik lagu yang diwarnakan adalah formula-formula yang terdapat di dalam lagu ini.

Lirik:


Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kotak besar,
Panjang darab lebar itu luasnya,
Panjang darab lebar darab tinggi isipadunya,


1/2 darab tapak darab tinggi,
formula luas segi tiga,
Tambah semua ukuran sisinya,
Formula untuk perimeter,


Ada dua bentuk segi empat,
Segi empat sama segi empat tepat,
Ada tiga bentuk segi tiga,
Sama sisi, sama kaki, segi tiga tepat,


Jumlah bahagikan bilangan,
Itu formula mencari purata,
Purata darabkan bilangan,
Itu formula mencari jumlah,
Jumlah bahagikan purata,
Itu formula mencari bilangan,


Marilah kawan, marilah teman,
Hafalkan untuk UPSR




credit:Lagu Kasdim

Tambah dan Tolak

Kali ini kita akan cuba mengenali perkataan-perkataan yang berkaitan dengan operasi tambah dan tolak. Perkataan yang bewarna ungu adalah kata kunci untuk operasi tolak dan perkataan yang berwarna merah untuk operasi tambah.


Lirik:

Kalau jumpa sebelum kita tolak
Kalaulah jumpa kurang kita tolak
Kalaulah jumpa beza kita pun juga tolak
Sebelum, kurang, beza kita tolak

Kalau jumpa selisih kita tolak
Kalaulah jumpa banding kita tolak
Kalaulah jumpa rugi kita pun juga tolak
Selisih, banding, rugi kita tolak

Kalau jumpa diskaun kita tolak
Kalaulah jumpa baki kita tolak
Kalaulah jumpa awal kita pun juga tolak
Diskaun, baki, awal kita tolak

Kalau jumpa selepas kita tambah
Kalaulah jumpa lebih kita tambah
Kalaulah jumpa lewat kita pun juga tambah
Selepas, lebih, lewat kita tambah

Kalau jumpa dividen kita tambah
Kalaulah jumpa tamat kita tambah
Kalaulah jumpa jumlah kita pun juga tambah
Dividen, tamat, jumlah kita tambah

Credit:Lagu Kasdim


Rumah nombor

Lirik:


Mari kawan kita belajar
Belajar rumahlah nombor
Baik belajar rajin belajar
Daripadalah tidur

Rumah S A rumah Satu
Satu digit sahaja

Rumah Puluh lepas S A
Dua digit nombornya

Rumah Ratus lepas Puluh
Tiga digit nombornya

Rumah ribu lepas ratus
Empat digit nombornya

Puluh Ribu lepas Ribu
Lima digit nombornya

Ratus Ribu rumah enam
Enam digit nombornya

Rumah juta paling besar
Tujuh digit nombornya

Baik belajar rajin belajar
Daripada terlena
Credit: Lagu Kasdim